Cari @ Amanz

Walaupun Apple diperkatakan lebih menekankan yang mana mereka akan hanya melancarkan perisian sahaja, tanpa sebarang perkakasan baru, kini ianya turut sama diperkatakan yang mana mungkin juga iPhone baru akan diperkenalkan. Namun begitu, ianya mungkin sekadar ura-ura sahaja, dan mungkin tidak diperkenalkan.

Ianya diperkatakan yang mana, salah satu syarikat telekomunikasi utama di Amerika, AT&T kelihatan kehabisan stok iPhone mereka, kebetulan beberapa hari sebelum Apple mengumumkan beberapa perkara baru pada WWDC Isnin ini nanti.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin hanya sekadar kebetulan sahaja. Sebelum ini, Apple telah mengatakan secara rasminya yang mana mereka bakal memperkenalkan iOS 5, iCloud dan juga Mac OS X Lion pada WWDC 2011. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple pada Isnin kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd