Cari @ Amanz

Nampaknya, Mozilla bukan sahaja mempercepatkan pembangunan untuk pelayar web desktop Firefox dan juga pelayar web mudah-alih, Firefox Mobile, tetapi turut sama mempercepatkan pembangunan aplikasi emel popular mereka, iaitu Mozilla Thunderbird. Kini, pembangunan aplikasi tersebut telah pun mencapai beta pertama.

Para pengguna yang berminat sudah pun boleh memuat-turun dan mengujinya terlebih dahulu sebelum versi akhirnya dilepaskan. Versi stabil terakhir Thunderbird yang dikeluarkan adalah Thunderbird 3.1. Melalui versi pembangunan terkini ini, Thunderbird membawakan sokongan pengurus addon, penambah-baikkan untuk tab, dan beberapa perubahan dari segi antaramuka.

Thunderbird 5.0 ini didatangkan untuk para pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd