Pembangunan Street View Malaysia Bakal Dimulakan?

Pembangunan Street View Malaysia Bakal Dimulakan?

Diterbitkan pada June 3, 2011 oleh .

Setelah mengumumkan pembukaan pejabat baru di Kuala Lumpur, dan juga mula menawarkan Google Voice dalam bahasa Malaysia, kini melalui sebuah temuramah khas, Google Malaysia memperkatakan yang mana seterusnya mereka ingin membawakan Google Street View kepada para pengguna tempatan.

Seperti sedia maklum, melalui Street View, Google membawakan pelbagai gambar dari seluruh lokasi terus ke pelayar web anda, sekaligus tidak lagi memerlukan anda ke sesuatu lokasi untuk melihat lokasi tersebut seperti dulu. Buat masa ini, Street View hanya boleh memaparkan lokasi di beberapa buah negara sahaja, dan yang terakhir Google memperkenalkannya adalah Street View dari India.

Walaubagaimanapun, untuk mulakan rakaman pelbagai lokasi di sekitar Malaysia, mereka masih memerlukan pelbagai kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, supaya tidak menimbulkan sebarang permasalahan pada masa hadapan.

Google Malaysia mengatakan yang mana mereka akan mulakan kerja-kerja rakaman Street View di Malaysia sebaik sahaja mendapat pelbagai kebenaran. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN