Cari @ Amanz

Dengan pengenalan Windows 8 secara rasminya, kini beberapa fungsi barunya juga mula kelihatan satu demi satu. Salah satu perkara yang dikenal pasti adalah dimana kini ianya kelihatan yang mana berkemungkinan Microsoft akan menyertakan perkhidmatan panggilan video pada Windows 8.

Melalui suatu paparan skrin kunci pada Windows 8, ianya memperlihatkan sebuah logo khas, berupa sebuah webcam, sekaligus membawakan kepada spekulasi ini. Sekiranya benar, ianya kelak akan membawakan integrasi Skype dan Windows Live pada Windows 8 kelak.

Selain daripada itu, ianya juga diura-urakan yang mana berkemungkinan besar, fungsi tersebut mungkin berfungsi sebagai sebuah inbox untuk panggilan video,sekaligus menyimpan segala panggilan video daripada pelbagai perkhidmatan pada satu aplikasi dengan ringkas. Secara ringkasnya, mungkin ianya akan mengintegrasikan Skype, Windows Live Messenger, Yahoo! Messenger, GTalk dan lain-lain pada satu aplikasi.

Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura, dan mungkin kita akan dapat lebih banyak maklumat berkaitan dengannya pada acara pembangun khas Windows bulan September kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd