Cari @ Amanz

Google Mengambil-Alih PostRank

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, dalam usaha untuk menjadikan enjin carian mereka lebih sosial, selain daripada memperkenalkan butang Google +1 kepada semua pada tempoh hari, kini Google membuat satu lagi langkah penting, dimana mereka telah pun mengambil-alih PostRank, salah satu perkhidmatan analitik untuk web sosial.

Secara ringkasnya, melalui PostRank, ianya membolehkan para pengguna untuk mengukur sejauh mana kandungan mereka tersebar melalui beberapa laman sosial terkemuka, termasuk Twitter dan juga Facebook. Dengan perkara ini juga, para pembangun web dan sebagainya boleh mengkaji bagaimana prestasi laman mereka berbanding dengan laman-laman pesaing yang lain.

Ianya tidak diketahui berapakah harga pembelian PostRank oleh Google, dan menurut mereka, perkhidmatan tersebut akan terus aktif untuk pengguna sedia ada, manakala tidak akan menerima sebarang pendaftaran baru selepas ini.


Komen ()