Setelah memperkenalkan integrasi beberapa laman media terkemuka, seperti YouTube, TwitPic, Yfrog, Instagram, SlideShare dan sebagainya, kini Twitter terus menambah pelbagai variasi media pada laman #newtwitter termasuk Amazon, FourSquare, Gowalla.
Dengan ini, para pengguna boleh mengikuti pelbagai perkara dengan mudah tanpa perlu meninggalkan laman Twitter, dan mengaksesnya dengan pantas dan mudah. Mungkin buat masa ini, belum semua dapat melihatnya, namun ianya akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna.