Cari @ Amanz

Microsoft Memperlihatkan Windows Store Pada Windows 8

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah Linux dan Mac OS X memperkenalkan kedai aplikasi mereka sendiri, kini Microsoft juga mengesahkan yang mana mereka akan mengintegrasikan fungsi seumpamanya pada Windows 8 kelak, dipanggil sebagai Windows Store.

Buat masa ini, antaramuka dan fungsinya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun melaluinya, Microsoft dijangka akan memudahkan para pengguna memasang aplikasi dan perisian kegemaran mereka dengan mudah, melalui hanya beberapa klik sahaja. Cara pembayarannya masih tidak diketahui, dan mungkin Microsoft akan memudahkan para pengguna mengemaskini aplikasi tersebut setiap kali kemaskini diperkenalkan dengan pantas dan mudah, tanpa perlu memuat-turunnya kembali.

Windowws 8 Beta dijangka akan tiba dalam masa beberapa bulan lagi, sekaligus memberikan lebih banyak idea mengenai bagaimanakah ianya akan berfungsi kelak. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()