Cari @ Amanz

Setelah diumumkan sebelum ini, kini Twitter telah pun mula memperkenalkan sokongan carian baru kepada para penggunanya, dimana kini ramai yang melaporkan sudah dapat akses kepada carian Twitter yang diberikan nafas baru ini.

Melaluinya, kini setiap kali para pengguna melakukan carian pada Twitter, ianya akan memperlihatkan video-video dan juga imej-imej yang berkaitan pada bahagian tepi, serta apabila para pengguna klik padanya, ianya memperlihatkan dalam bentuk slaid, memudahkan para pengguna Twitter bernavigasi antara satu dan yang lain.

Mungkin dalam minggu akan datang, kita akan dapat melihat fungsi memuat-naik imej kepada Twitter melalui web akan diperkenalkan kepada semua. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd