Samsung Akan Memperlihatkan Netbook Yang Dijana Tenaga Solar

Samsung Akan Memperlihatkan Netbook Yang Dijana Tenaga Solar

Diterbitkan pada June 5, 2011 oleh .

Dengan dunia teknologi yang bergerak pantas, serta penekanan kepada teknologi hijau, kini Samsung Malaysia dijangka bakal memperkenalkan netbook pertama didunia yang dijana menggunakan tenaga solar, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakannya dengan tenaga alternatif.

Buat masa ini, informasi berkaitan produk dan spesifikasi netbook mereka itu masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Ianya juga tidak pasti apakah sistem operasi yang bakal digunakan olehnya. Namun, berkemungkinan besar, ianya akan menggunakan sistem operasi Windows. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkenaan produk ini daripada Samsung.


TIPS & ULASAN