Cari @ Amanz

Nampaknya, mungkin seperti Maxis, tidak lama lagi kita mungkin akan dapat melihat Celcom memperluaskan perkhidmatan mereka daripada penyedia jalur-lebar mudah-alih dan berkembang kepada penyedia jalur-lebar tetap, memandangkan dimana kini mereka telah pun menanda-tangani perjanjian bersama-sama dengan TM untuk kerjasama HSBB.

Melalui perjanjian bersama-sama dengan TM, Celcom mendapat akses kepada setiap premis yang dihubungkan melalui projek HSBB oleh TM, sekaligus membolehkan Celcom menyediakan perkhidmatan mereka kepada semua pengguna yang terlibat.

TM sehingga kini telah meliputi lebih 855,000 premis dibawah projek jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, dan mensasarkan untuk mencapai lebih 1.3 juta premis menjelang penghujung tahun 2012 kelak. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan dapat mendengar sesuatu yang baru daripada Celcom. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd