Cari @ Amanz

Internet Explorer 10 Bakal Membawakan Antaramuka Metro?

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada Windows 8 dan Office 15, salah satu aplikasi yang turut sama sedang dibangunkan oleh Microsoft, adalah termasuk pelayar web popular mereka, Internet Explorer 10. Buat masa ini, versi pembangunan pertamanya telah pun diperlihatkan, dan ianya dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada tahun hadapan.

Namun begitu, ianya tidak pasti, samaada Windows 8 Beta yang bakal dilepaskan dalam masa beberapa bulan lagi akan menyertakan Internet Explorer 10 ataupun tidak. Sebelum ini, dalam demo ringkas Windows 8 yang diperlihatkan oleh Microsoft, ianya memperlihatkan sebuah antaramuka ringkas berasaskan Metro digunakan padanya.

Buat masa ini, fungsi penuh Internet Explorer 10 masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun, salah satunya adalah sokongan hardware-acceleration yang penuh, membolehkan para pengguna menikmati pelayaran web dengan lebih pantas dan lancar lagi. Pada masa yang sama, Internet Explorer 10 juga tidak akan menyokong Windows Vista dan sebelumnya. Sama-sama kita nantikan perkembangan pelayar web rasmi daripada Microsoft ini.


Komen ()