iCloud Akan Digunakan Bersama-sama Dengan Time Capsule?

iCloud Akan Digunakan Bersama-sama Dengan Time Capsule?

Diterbitkan pada June 6, 2011 oleh .

Sehari sebelum WWDC, kini beberapa informasi berkaitan dengan iCloud mula kedengaran. Seperti sedia maklum, iCloud telah pun diperkatakan yang mana ianya bukan sekadar menyediakan perkhidmatan muzik, tetapi, kini turut dilaporkan yang mana ianya akan diintegrasikan bersama-sama dengan Time Capsule daripada Apple.

Time Capsule merupakan salah satu perkhidmatan salinan (backup) secara tanpa wayar daripada Apple, dan menurut beberapa sumber, ianya diperkatakan yang mana iCloud akan diintegrasikan bersama-sama dengan Time Capsule, membolehkan para pengguna mengakses salinan (backup) yang dibuat melalui Time Machine melalui perkhidmatan iCloud.

Ianya juga diperkatakan yang mana iCloud ini boleh diakses melalui peranti iOS, sekaligus membolehkan anda mengakses dokumen dan pelbagai perkara lain terus melalui pelbagai peranti Mac dan iOS. Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Apple memperkenalkan iWork untuk iPhone dan iPod Touch sebelum ini.

Dan menariknya, berbeza dengan pelbagai perkhidmatan perkomputeran awan yang lain, perkhidmatan iCloud ini diperkatakan tidak akan menggunakan pelayan Apple, sebaliknya akan menggunakan peranti Time Capsule daripada Apple sendiri, yang dipasang oleh pengguna tersebut.

Namun begitu, ianya mungkin salah satu fungsi iCloud, dan mungkin kita akan mendengar dengan lebih lanjut mengenainya daripada Apple esok pada acara WWDC 2011 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Apple iCloud


TIPS & ULASAN