Cari @ Amanz

Sebelum ini, pada bulan Mac yang lalu, kami ada laporkan yang mana 1tube.my bakal memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru. Dan menariknya, kini khas untuk para pembaca Amanz, antaramuka 1tube baru yang dijangka akan diperkenalkan sekitar minggu ini, diperlihatkan terlebih dahulu.

Bersama-sama dengan antaramuka baru, mereka juga memperkenalkan logo baru yang tampak lebih kemas berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana 1tube.my akan mula menyokong pendaftaran akaun menggunakan Facebook Connect, sekaligus memudahkan pendaftaran para pengguna baru.

Pada masa yang sama, mungkin juga 1tube akhirnya akan mula menjana wang daripada perkhidmatan mereka, dengan memperkenalkan pengiklanan pada laman mereka. Mungkin lebih banyak fungsi mungkin diperkenalkan pada versi akhir kelak. Ianya dijangka yang mana wajah baru ini bakal diperkenalkan pada penghujung minggu ini. Sama-sama kita nantikan perubahan drastik 1tube.my ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd