Galaxy Tab 10.1 Pada Minggu Pertama Julai

Galaxy Tab 10.1 Pada Minggu Pertama Julai

Diterbitkan pada June 6, 2011 oleh .

Mungkin ini merupakan antara berita menarik yang dinantikan ramai peminat tablet Android, dimana selain daripada beberapa tablet yang telah dilancarkan sepanjang bulan-bulan lepas, kini Samsung turut sama bakal melancarkan tablet Samsung GALAXY Tab 10.1″ pada bulan Julai akan datang ini di Malaysia.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui yang mana samaada ianya akan dilancarkan bersama-sama syarikat telekomunikasi tempatan (Maxis?) ataupun tidak, dan harganya juga masih belum dapat dipastikan buat masa ini. Namun begitu, buat masa ini, ianya dijangka yang mana Galaxy Tab 10.1 ini akan dilancarkan pada minggu pertama Julai kelak. Walaupun perkara ini pasti buat masa ini, tarikh ini mungkin akan berubah. Selain daripada itu, tarikh jualannya mungkin beberapa minggu selepas pelancarannya kelak.

Seperti sedia maklum, Samsung Galaxy Tab 10.1″ ini turut dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab 2, membawakan skrin seluas 10.1-inch, dengan dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, serta menggunakan Android Honeycomb yang sememangnya dioptimasikan untuk tablet.

Kami akan mengemaskini dengan lebih maklumat berkaitan sebaik sahaja info selanjutnya diperolehi.


TIPS & ULASAN