Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan beberapa hari sebelum ini, kini kami telah mendapatkan beberapa gambar-gambar netbook yang diintegrasikan dengan panel solar daripada Samsung, eksklusif untuk para pembaca Amanz. Buat masa ini, Samsung Malaysia dijangka akan melancarkan di Malaysia sekitar bulan Ogos atau September kelak.

Buat masa ini, kami hanya dapat melihatnya begitu sahaja buat masa ini, dan pihak Samsung Malaysia menjanjikan akan memberikan kami peluang mencubanya terlebih dahulu dalam masa beberapa minggu lagi.

Walaupun ianya didatangkan dengan panel solar, ianya masih juga didatangkan dengan plug seperti netbook-netbook biasa. Dan menurut pihak Samsung, jangka hayat bateri netbook terbaru daripada Samsung ini adalah agak lama.

Ianya juga membawakan papan kekunci yang menarik sekali, selain turut membawakan skrin yang anti-silau, membolehkan anda menggunakannya dengan senang dibawah sebarang cahaya. Dan ianya juga boleh dicaj menggunakan cahaya lampu biasa, dan tidak semestinya cahaya matahari. Info lanjut akan menyusul sebaik sahaja kami dapat mencubanya terlebih dahulu.

Kamera oleh saudara Syazwan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd