Salah satu pengumuman yang bakal diumumkan oleh Apple pada WWDC yang akan diadakan dalam masa beberapa jam lagi adalah iOS 5. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan perkara baru yang akan dibawakan olehnya, namun salah satu perkara yang diperkatakan adalah integrasi bersama-sama dengan Twitter.
Perkara ini dilaporkan sebelum ini, ketika Twitter dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan gambar mereka. Menariknya, hari ini satu gambar kelihatan, memperlihatkan integrasi Twitter dan fungsi notifikasi yang serba baru.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi tidak diketahui kesahihannya, dan mungkin adalah ura-ura semata-mata sahaja. Mungkin kita perlu menunggu beberapa jam sahaja lagi, untuk mengetahui apakah yang bakal dibawakan oleh Apple melalui iOS 5 yang serba baru mereka.