Mac OS X Lion Akan Dilepaskan Kepada Semua Pada Bulan Julai Ini

Mac OS X Lion Akan Dilepaskan Kepada Semua Pada Bulan Julai Ini

Diterbitkan pada June 7, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan Mac OS X Lion sebelum ini, kini Apple pada WWDC sekali lagi memperlihatkannya. Melaluinya, kini Apple mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih daripada 250 fungsi baru pada Mac OS X Lion, dan 10 fungsi utamanya diperlihatkan kepada semua pada WWDC hari ini.

Menariknya, adalah dimana kebanyakkan fungsi-fungsi barunya memperlihatkan keserasian bersama-sama dengan iOS mereka. Antara fungsi baru yang diumumkan termasuklah sokongan multi-gesture, membolehkan anda menggunakan aplikasi dalam skrin penuh – tanpa perlu tetingkap dan sebagainya seperti sebelum ini, integrasi Mac App Store, Mail versi baru yang mana lebih mesra komunikasi dan banyak lagi.


Mac OS X Lion : Sokongan Multi-Gesture


Mac OS X Lion : Aplikasi Dalam Skrin Penuh

Mac OS X Lion bakal diperkenalkan kepada semua pengguna pada bulan Julai kelak dan akan dijual pada harga serendah $29.99 sahaja. Menariknya lagi adalah dimana ianya hanya akan diperkenalkan melalui Mac App Store sahaja, dan bersaiz sekitar 4GB sahaja.

Kamera : TechCrunch


TIPS & ULASAN