Melalui WWDC 2011 yang diadakan juga, selain mengumumkan pelbagai perkara baru berkaitan dengan Mac OS X Lion, Apple juga turut sama berkongsi akan beberapa statistik semasa berkaitan dengan Mac App Store dan juga sistem operasi Mac OS X mereka.
Sehingga kini, menurut Apple, mereka mempunyai angka pengguna Mac OS X lebih kurang 54 juta orang pengguna di seluruh dunia, dan ianya berkembang daripada hari ke hari. Dan menariknya, lebih 73% daripada jualan Mac pada masa kini adalah dalam bentuk komputer riba mereka, dan bukannya desktop, dan sebagainya.
Pada masa yang sama, Mac App Store yang diperkenalkan oleh Apple beberapa bulan sebelum ini, kini menduduki di tangga pertama dari segi jualan dan muat-turun aplikasi, mengalahkan pelbagai penjual sedia ada yang lain. Perkara ini juga sekaligus menjadikan Apple hanya memperkenalkan kemaskini sistem operasi mereka terus melalui Mac App Store sahaja.
Apple dijangka bakal memperkenalkan Mac OS X Lion kepada semua pengguna pada bulan Julai ini, dan akan dijual pada harga $29.99, lebih murah berbanding sebelum ini yang dijual pada harga melebihi $100. Melalui Mac OS X Lion juga, Apple membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik kepada para penggunanya.
Kamera : TechCrunch