iOS Mendahului Pasaran Mudah-Alih Dengan Lebih 200 Juta Peranti Terjual

iOS Mendahului Pasaran Mudah-Alih Dengan Lebih 200 Juta Peranti Terjual

Diterbitkan pada June 7, 2011 oleh .

Salah satu platform terkemuka dalam industri mudah-alih adalah iOS, dan kini Apple secara rasminya mengumumkan yang mana sehingga kini mereka telah menjual lebih daripada 200 juta peranti iOS diseluruh dunia.

Menariknya daripada angka itu, adalah dimana lebih daripada 25 juta tablet daripada Apple, iaitu iPad telah terjual dalam masa 14 bulan pertama sahaja. Ini sekaligus menjadikan iOS antara platform terkemuka seluruh dunia.

Selain daripada itu, Apple turut sama berkongsikan beberapa statistik yang lain, termasuk mengumumkan yang mana sehingga kini terdapat lebih daripada 425,000 aplikasi pada AppStore, dan lebih 90,000 daripadanya adalah aplikasi khas yang dioptimasikan untuk iPad.

Pada masa yang sama, Apple mengumumkan yang mana sejak AppStore diperkenalkan, sehingga kini, lebih daripada 14 billion muat-turun aplikasi telah berlaku. Selain itu, lebih daripada 15 billion muat-turun lagu telah dilakukan melalui iTunes sehingga kini.

Kamera : TechCrunch


TIPS & ULASAN