Apple Memperkenalkan iOS 5

Apple Memperkenalkan iOS 5

Diterbitkan pada June 7, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini juga Apple telah mengumumkan sistem operasi dan platform mudah-alih generasi akan datang mereka, iaitu iOS 5. Melalui iOS 5, Apple memperkenalkan pelbagai perkara baru, dan bakal diperkenalkan kepada para pengguna peranti iOS dalam masa beberapa bulan lagi.

iOS 5 kelak diperkatakan akan memperkenalkan sehingga lebih 200 fungsi baru, termasuk salah satunya adalah notifikasi yang diberikan nafas baru. Setelah ramai pengguna iOS yang tidak berpuas-hati dengan sistem notifikasi mereka, kini Apple memberikannya nafas baru, dimana kini pelbagai notifikasi diperlihatkan melalui salah satu pusat notifikasi, sekaligus tidak menganggu penggunaan aplikasi lain oleh para pengguna.


iOS 5 – Notifikasi

Selain daripada itu, iOS 5 juga membawakan pelayar web Safari yang diperbaharui, dengan menambah fungsi Reader dan juga Reading List, sama seperti pada Mac OS X. Fungsi tab juga diperkemaskini, dimana para pengguna kini boleh melihat tab ketika melayari web.


iOS 5 – Reading List


iOS 5 – Sokongan Tab Baru

Aplikasi emel turut sama diberikan nafas baru, dengan menyertakan sokongan untuk menandakan mesej, pencarian pelbagai mesej emel, dan banyak lagi. Papan kekunci yang dipecahkan kepada dua seperti pada Windows 8 juga diperkenalkan pada iOS 5.

iOS 5 kelak dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi, dan akan diperkenalkan kepada para pengguna iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1, iPad 2, dan juga pada iPod Touch (Generasi 3 dan terkini).

Kamera : TechCrunch


TIPS & ULASAN