Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Apple turut sama mengumumkan integrasi Twitter dengan secara lebih mendalam pada iOS 5, membolehkan para pengguna menggunakan Twitter dengan mudah menerusi pelbagai aplikasi yang terdapat padanya.

Apple mengumumkan fungsi ini, memandangkan menurut mereka, kini lebih daripada 1 billion tweet yang dihantar setiap minggu menerusi peranti iOS. Angka ini adalah amat besar, dan Apple kini mengintegrasikan Twitter pada iOS 5, membolehkan para pengguna tweet dan berkongsi pelbagai perkara, samaada terus daripada Safari mahupun YouTube, atau pelbagai aplikasi lain.

Selain daripada itu, ianya turut menyokong pendaftaran masuk melalui Twitter pada aplikasi lain, sekaligus memberikan impak yang besar kepada sokongan pendaftaran melalui Twitter. Para pengguna juga kini boleh sync akan senarai hubungan mereka, dengan rakan Twitter dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd