Apple Memperkenalkan Perkhidmatan Mesej – iMessage

Apple Memperkenalkan Perkhidmatan Mesej – iMessage

Diterbitkan pada June 7, 2011 oleh .

Selain daripada pengumuman iOS 5, dan juga pengintegrasian bersama-sama dengan Twitter, Apple juga mengumumkan perkhidmatan mesej baru mereka dikalangan pengguna iOS yang dipanggil iMessage sebagai sebahagian daripada fungsi baru pada iOS 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui iMessage, ianya membolehkan para pengguna iOS berintegrasksi antara satu sama lain, samaada melalui iPhone, iPod Touch mahupun iPad. Menariknya adalah, ianya bukan hanya sekadar mesej teks sahaja, tetapi para pengguna juga boleh menghantar mesej berbentuk imej dan video melaluinya.

Mungkin lebih banyak informasi berkaitan iMessage ini akan diketahui tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Kamera : TechCrunch


TIPS & ULASAN