Cari @ Amanz

Selain daripada Mac OS X Lion dan juga iOS 5, Apple turut sama mengumumkan hab digital melalui perkomputeran awan mereka tersendiri yang dinamakan sebagai iCloud. Menariknya adalah dimana ianya juga sync-akan pada peranti iOS, Mac dan Windows yang lain membolehkan anda mengakses sesuatu fail itu dengan mudah daripada sebarang peranti.

Selain daripada dokumen, gambar dan sebagainya, iCloud juga turut sama menyokong senara hibungan, kalendar dan juga emel. Para pengguna juga disediakan dengan alamat emel tersendiri yang bebas iklan, @me.com.

Melalui iCloud juga, ianya mempunyai sokongan membuat salinan (backup) secara tanpa wayar setiap hari sekali. Para pengguna juga diberikan dengan sokongan untuk membuat salinan gambar mereka pada iCloud, dimana lebih 1000 gambar terakhir akan disimpan pada iCloud, dan membolehkan anda mengaksesnya melalui sebarang peranti dengan mudah dari mana jua.

iCloud juga turut sama mengumumkan salah satu perkara yang dinantikan sekian lama, iaitu iTunes Cloud, dimana melaluinya ianya akan membolehkan anda memuat-turun semua lagu-lagu pada iTunes anda dengan mudah pada peranti baru. Untuk menjayakan perkara ini, Apple turut sama memperkenalkan iTunes Match, yang mana secara automatik akan menyemak senarai lagu-lagu anda, dan menyimpan datanya, membolehkan anda memuat-turun dengan mudah pada kemudian hari.

Kamera : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd