Peranti iOS Tidak Lagi Memerlukan PC Untuk Mengaktifkannya

Peranti iOS Tidak Lagi Memerlukan PC Untuk Mengaktifkannya

Diterbitkan pada June 7, 2011 oleh .

Salah satu perkara menarik yang diumumkan melalui iOS 5 adalah dimana kini para pengguna tidak lagi perlu menggunakan komputer mereka untuk mengaktifkan peranti iOS mereka seperti sebelumnya. Perkara ini, sekaligus akan memperkenalkan suatu cara pengaktifan peranti yang serba baru oleh Apple.

Selain daripada pengaktifan, iOS 5 juga akan memperkenalkan kemaskini platform dan sistem operasi mereka, tanpa perlu menyambungkan peranti mereka kepada iTunes seperti sebelumnya, tetapi dapat menikmati kemaskini terus melalui OTA.

Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui samaada kemaskini tersebut akan dipengaruhi oleh para penyedia telekomunikasi ataupun terus daripada Apple. Selain daripada ini, Apple turut sama mengumumkan pelbagai perkara baru pada iOS 5, termasuk salah satunya adalah iMessage.


TIPS & ULASAN