Cari @ Amanz

Ebay kini telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal mengambil-alih syarikat disebalik platform kedai atas talian terkemuka, iaitu Magento. Dengan pengambil-alihan Magento oleh Ebay, ianya diperkatakan yang mana sebuah initiatif baru dipanggil X.Commerce bakal diumumkan Ebay pada bulan Oktober kelak.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan Magento dalam bentuk sumber terbuka. Ianya hanya diperkatakan yang mana ianya akan terus menyokong rakan-rakan kerjasama dan pelanggan mereka sahaja, dengan tidak menyentuh berkenaan dengan edisi komuniti mereka.

Namun begitu, dengan pengambil-alihan Magento, semestinya, ianya meletakkan Ebay dihadapan lagi dalam industri e-commerce seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd