Cari @ Amanz

Selain daripada Google yang sedang giat membangunkan ChromeOS, nampaknya Mozilla turut sama kini memperkenalkan salah satu projek dibawah Mozilla Labs mereka, yang mana dikenali sebagai Webian Shell, membawakan fungsi desktop berasaskan pelayar web.

Webian Shell ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan HTML, CSS, dan juga JavaScript sepenuhnya, dan berbeza dengan ChromeOS, Webian Shell ini direkabentuk untuk dijalankan diatas sistem operasi sedia ada, dan amat sesuai sekiranya anda menggunakan pelayar web sahaja sepanjang penggunaan komputer anda.

Melalui Webian Shell,ianya menyediakan bar alamat dibahagian atas, selain turut menyediakan bahagian tab dibawah, serta jam disebelah penghujung kanan bawah. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Webian Shell untuk Windows, Linux dan juga Mac OS X, dan mula menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd