Cari @ Amanz

Hari ini, kerajaan secara rasminya telah pun melancarkan sebuah portal khas yang disasarkan khas untuk para pengguna untuk berkongsi dan mendapatkan informasi-informasi semasa dalam panduan kepenggunaan. Portal tersebut kini boleh diakses melalui pelayar web di 1Pengguna.com.

Selain menyediakan platform seperti forum dan sebagainya, melalui 1Pengguna.com juga para pengguna boleh mengikuti perkembangan harga-harga barangan keperluan harian, dan membandingkannya dengan mudah melalui suatu aplikasi yang dipanggil Pricewatch.

Sehingga artikel ini ditulis, seramai lebih 483 orang ahli telah berdaftar pada laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd