Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan antaramuka Metro pada Windows Phone, serta memperlihatkannya pada versi pembangunan Windows 8 minggu lepas, kini Microsoft terus ingin menjadikan antaramuka diantara platform keluaran mereka lebih serasi, dimana kini ianya dilihat antaramuka dashboard baru Xbox 360 menyerupai Windows 8.

Selain daripada itu, Microsoft turut memperkenalkan beberapa fungsi baru, termasuk carian melalui suara, serta menariknya sokongan awan melalui Xbox 360, dimana para pemain boleh menyimpan data-data berkaitan permainan mereka terus di pelayan Microsoft.

Mungkin perkara ini juga merupakan salah satu petanda, dimana sebelum ini, kita telah melihat beberapa integrasi sokongan awan pada Windows 8, dan ianya turut diperkenalkan pada Windows Phone.

Mungkin kelak, dengan pelancaran Windows 8 nanti, para pengguna boleh mengakses data yang sama menggunakan sebarang peranti kegemaran mereka, termasuk telefon pintar, mahupun konsol permainan mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd