Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Google secara rasminya telah pun memperkenalkan pelayar web versi terkini mereka, iaitu Google Chrome 12 kepada saluran stabil, dan sedia digunakan oleh semua pengguna. Bagi pengguna sedia ada, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, manakala pengguna baru boleh memuat-turunnya daripada laman Google Chrome.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Chrome 12 tidak lagi menyertakan sokongan Google Gears. Dengan penggunaan HTML5 dan sebagainya, ianya dilihat bukan lagi suatu keperluan penting pada masa kini. Selain itu, Chrome 12 membawakan sokongan 3D CSS menggunakan perkakasan (hardware accelerated), sokongan sekuriti yang dipertingkatkan – mengelakkan pengguna memuat-turun fail berbahaya, dan juga sokongan pembacaan skrin yang dipertingkatkan.

Sebelum ini, pembangunan Chromium telah pun mencapai angka 14, dan kini Chrome 13 telah pun memasuki saluran pembangun. Dalam masa beberapa minggu lagi, Chrome 13 Beta akan diperkenalkan, dan sementara itu, para pengguna boleh menggunakan Chrome 12 versi stabil terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd