Microsoft Memperlihatkan Integrasi SkyDrive Secara Mendalam Pada Mango

Microsoft Memperlihatkan Integrasi SkyDrive Secara Mendalam Pada Mango

Diterbitkan pada June 8, 2011 oleh .

Selain pengumuman iCloud daripada Apple semalam, Microsoft turut sama memperlihatkan dengan lebih mendalam lagi integrasi fungsi awan pada Windows Phone Mango, yang mana membawakan integrasi SkyDrive secara lebih mendalam.

Menurut Microsoft, Windows Phone Mango membawakan integrasi storan awan yang paling mendalam yang terdapat pada telefon pintar pada masa kini. Melalui statistik penggunaan Windows Phone 7 sehingga kini, ianya memperlihatkan penggunanya memuat-naik lebih 10 kali ganda gambar ke SkyDrive daripada pengguna biasa, dan dengan penambah-baikkan yang bakal diperkenalkan pada Mango, ianya bakal membawakan peningkatan yang lebih drastik lagi.

Melalui Mango kelak, para pengguna boleh berkongsi gambar-gambar yang terdapat pada SkyDrive bersama rakan-rakan mereka melalui emel, IM dan sebagainya dengan mudah dan pantas. Selain itu, Mango juga akan membolehkan anda menghantar video yang dirakam terus ke SkyDrive dengan mudah, dan muatan-naiknya akan dilakukan secara latar belakang.

Selain gambar dan video, anda juga boleh menyimpan dokumen pada SkyDrive dan mengaksesnya samaada melalui komputer mahupun Windows Phone dengan mudah. Dan salah satu fungsi menarik yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Mango adalah kebolehan mencari dokumen dan fail pada SkyDrive dengan mudah.

SkyDrive menawarkan storan percuma sehingga 25GB, yang mana boleh diakses menggunakan Windows Live ID, samaada melalui komputer mahupun Windows Phone dengan mudah. Microsoft dijangka bakal memperkenalkan kemaskini Mango kepada para pengguna Windows Phone pada penghujung tahun ini kelak, yang bakal membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru yang menarik.


TIPS & ULASAN