Cari @ Amanz

Twitter Memperkenalkan Peringkas URL Automatik

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah memperkenalkan peringkas URL t.co tidak lama sebelum ini, kini Twitter telah pun mengumumkan sokongan ringkasan URL secara automatik pada Twitter, dimana anda boleh memasukkan URL sepanjang mana pun pada Tweet anda, dan ianya akan diringkaskan kepada hanya 19 huruf sahaja akhirnya apabila dipaparkan kepada para pengguna.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu risau ataupun membuang masa untuk meringkaskan URL anda terlebih dahulu sebelum Tweet seperti sebelumnya. Fungsi baru ini, sekaligus membolehkan anda tweet menggunakan sehingga 121 huruf dan juga satu URL dengan mudah, dan juga didatangkan dengan sokongan sekuriti dan sebagainya.

Pada masa yang sama, penyedia URL yang lain juga tetap disokong oleh Twitter buat masa ini.


Komen ()