Cari @ Amanz

Nampaknya, setelah menawarkan iPhone, kini Celcom turut sama bergerak pantas dalam menawarkan pelbagai peranti-peranti baru yang menarik, dan salah satu peranti yang bakal ditawarkan oleh Celcom adalah Xperia Play pada harga serendah RM968.

Ianya diperlihatkan yang mana Xperia Play kelak akan berharga lebih kurang RM1,899 di Malaysia. Melalui Xperia Play, ianya membawakan skrin sentuh seluas 4-inch, kamera 5 megapixel, cip pemprosesan 1GHz, dan menariknya dioptimasikan untuk permainan.

Selain daripada Xperia Play, Celcom juga bakal menawarkan dua lagi peranti Android yang baru, termasuk LG Optimus Black dan juga HTC Wildfire S pada harga yang amat murah bersama-sama pakej Celcom mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd