Dengan dunia beralih ke IPv6, kini Malaysia menyasarkan untuk memperkenalkan protokol internet versi ke-enam itu kepada semua menjelang penghujung tahun 2012 kelak. Namun begitu, ianya dijangka akan disiapkan untuk sektor awam pada penghujung akhir tahun ini.
Ianya diperkatakan yang mana alamat IPv4 yang diperuntukkan untuk Malaysia dijangka akan penuh dalam masa kurang 18 bulan lagi, dan sebelum itu, Malaysia dijangka akan bersedia dengan IPv6. Perkara ini amat penting, memandangkan Malaysia menyasarkan untuk mencapai lebih 75% kadar penembusan internet menjelang tahun 2015 kelak.