Cari @ Amanz

Sebelum ini, ketika pelancaran HTC Desire S dan juga HTC Flyer, pihak HTC Malaysia telah pun mengumumkan yang mana HTC Watch bakal diperkenalkan di Malaysia pada suku tahun ke-4 tahun ini. Namun begitu, nampaknya, berkemungkinan mereka akan memperkenalkannya lebih pantas daripada itu.

Melalui halaman Facebook HTC Malaysia, mereka telah pun mula memperlihatkan sebuah gambar khas, memberi idea yang mana HTC Watch bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Melalui perkhidmatan HTC Watch, ianya membolehkan para pengguna menonton video dan filem-filem terkini terus pada peranti HTC mereka dengan mudah, terus melalui internet.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan. Mungkinkah ianya akan dilancarkan bersama-sama dengan HTC Sensation secara rasminya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd