Rekabentuk Baru 1tube.my Diperkenalkan Untuk Semua

Rekabentuk Baru 1tube.my Diperkenalkan Untuk Semua

Diterbitkan pada June 8, 2011 oleh .

Setelah kami memperlihatkan rekabentuk halaman baru 1tube.my sebelum ini, kini pihak mereka telah pun memperkenalkannya kepada semua pengguna bermula hari ini. Salah satu perubahan drastik yang dibawakan oleh mereka adalah dimana kini semua pengguna diminta mendaftar menggunakan Facebook Connect.

1tube.my

Selain daripada itu, pengguna sedia ada juga diminta mengintegrasikannya bersama-sama dengan akaun Facebook, sekaligus memudahkan pengurusan akaun mereka di 1tube.my. Pemain video yang baru dan beberapa fungsi sosial juga turut sama diintegrasikan, memudahkan perkongsian video yang dimuat-naik itu dengan lebih mudah lagi.

Walaubagaimanapun, beberapa pautan dibahagian bawah laman masih lagi belum aktif sepenuhnya buat masa ini. Mungkin ianya masih lagi dalam pembangunan dan akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi.


TIPS & ULASAN