Selain daripada pengenalan fungsi pendaftaran baru dan juga rekabentuk halaman baru 1Tube.my, salah satu perkara yang turut sama diperihatkan pada bahagian bawah halaman 1Tube.my adalah rangkaian baru mereka, dinamakan sebagai 1Tube Network, menyertakan GengBlogger, GengFlick, dan juga Vlog dibawah satu bumbung.
Ianya tidak lagi diketahui sepenuhnya samaada adakah GengBlogger dan lain-lain web perkongsian telah diambil-alih oleh pihak 1Tube ataupun sebaliknya, ataupun ianya hanya sekadar kerjasama biasa sahaja.
Seperti sedia maklum, GengBlogger telah memperlihatkan video-video baru dari 1Tube.my sejak sebelum ini, dan mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak integrasi antara kedua-dua nama besar ini dengan lebih menyeluruh lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.