Setelah ianya diperkatakan sebelum ini yang mana Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih sebahagian daripada Nokia, kini ura-ura baru mula kedengaran memperkatakan yang mana Samsung kini dalam perancangan untuk membeli Nokia. Namun begitu, kedua-dua syarikat, Samsung dan Nokia masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengannya.
Buat masa ini, informasi berkaitan perkara ini masih lagi tidak diketahui, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat ura-ura. Namun begitu, sekiranya ianya benar dan terjadi, maka Samsung akan memegang dua segmen utama dalam dunia telefon mudah-alih, iaitu sebagai pengeluar terkemuka telefon pintar berasaskan Android dan juga Windows Phone.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui, dan Nokia buat masa ini masih lagi dalam proses mengeluarkan telefon pintar Windows Phone mereka yang pertama pada suku tahun keempat tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.