Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu ini, beberapa laman-laman hos fail terkemuka menghadapi masalah untuk diakses, dan kini ianya diketahui mengapa ianya berlaku. Ianya kini diketahui yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke beberapa laman yang terbabit.

Melalui suatu surat rasmi, SKMM telah meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular. Ianya diperkatakan akses ke laman tersebut terpaksa dihalang kerana ianya terlibat dalam perkongsian fail-fail berhak-cipta, dan melanggar akta hakcipta tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube, dan juga MegaUpload. Walaubagaimanapun, buat masa ini, beberapa penyedia internet masih lagi memberikan akses ke halaman ini. Namun mungkin ianya akan dihalang tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd