Carian
iCloud Tidak Akan Menyokong Pengguna Windows XP
June 9, 2011 Aman

Ketika pengumuman iCloud tempoh hari, Apple telah memperkatakan yang mana perkhidmatan storan awan mereka itu akan turut menyokong sistem operasi Windows. Walaubagaimanapun, ianya diketahui yang mana ianya tidak akan menyokong salah satu sistem operasi paling popular, iaitu Windows XP.

iCloud

Menurut Apple, untuk menggunakan iCloud pada PC, ianya memerlukan Windows Vista ataupun Windows 7 untuk beroperasi sepenuhnya. Walaubagaimanapun, ianya dilihat yang mana buat masa ini, iTunes 10.3 masih lagi menyokong Windows XP. Namun perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi.

Windows XP sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2001, dan kini telah berusia lebih 10 tahun. Namun begitu, ianya masih merupakan antara sistem operasi popular yang masih aktif digunakan. Sebelum ini, Microsoft sendiri telah menghentikan sokongan Internet Explorer 9 untuk Windows XP, dan nampaknya, ramai lagi pembangun akan berhenti menyokongnya pada masa hadapan.

Komen