Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui 11 Juta Orang

Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui 11 Juta Orang

Diterbitkan pada June 9, 2011 oleh .

Akhir-akhir ini nampaknya pendaftaran akaun-akaun baru para pengguna tempatan meningkat secara mendadak, sekaligus kini para pengguna Facebook tempatan melangkaui lebih daripada 11 juta, serta pengguna keseluruhan Facebook menghampiri angka 700 juta seluruh dunia.

Secara rambangnya, ianya dilihat yang mana pendaftaran pengguna Facebook tempatan meningkat secara drastik pada penghujung tahun lepas, dan kini pengguna Facebook Malaysia mencapai angka 11 039 360. Pengguna Facebook Malaysia yang paling ramai berada didalam lingkungan antara 18 hingga 24 tahun iaitu sebanyak lebih kurang 34%, dan majoritinya berjantina lelaki.

Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, kita akan mendengar pengumuman rasmi daripada Facebook berkaitan pencapaian lebih 700 juta pengguna berdaftar di laman mereka, dan lebih banyak syarikat mungkin akan mula memberikan perhatian lebih serius kepada penggunaan media sosial tempatan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN