Nampaknya kini Celcom telah mengemaskini semula penghargaan untuk Xperia Play, dimana kini ianya ditawarkan lebih murah daripada yang diperlihatkan sebelum ini. Kini, Xperia Play yang membawa harga jualan sekitar RM1,649 itu dijual pada harga serendah RM848 melalui Celcom.
Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya melalui Celcom, namun perlu melanggan kepada pakej-pakej yang disediakan oleh mereka, samaada Celcom Exec 50, Celcom Exec 50 + Broadband mAdvance, ataupun Celcom Exec 250. Harga peranti juga berbeza mengikut pakej dan tempoh yang dilanggan.
Melalui Xperia Play, ianya membawakan sistem operasi Android 2.3, skrin seluas 4.0-inch, cip pemprosesan 1GHz, kamera 5-megapixel, dan menariknya ianya dioptimasikan sepenuhnya untuk permainan.