Cari @ Amanz

Advertlets Kini Mempunyai Lebih 60,000 Blogger Berdaftar

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau sebelum ini kita dapat melihat jumlah blog berdaftar di bawah Nuffnang yang melebihi 170,000 buah blog, kini Advertlets secara tidak rasminya memperlihatkan yang mana mereka mempunyai lebih 60,000 para penulis berdaftar, dan jumlah blog dibawah mereka masih tidak diketahui.

Selain daripada itu, Advertlets turut memperkatakan yang mana kini rangkaian blog mereka mencapai sehingga antara 800,000 hingga 1 juta pembaca blog setiap hari pada rangkaian mereka. Ianya sekaligus memperlihatkan suatu angka yang amat besar sekali.

Pada masa yang sama, ianya diura-ura akan yang mana Advertlets bakal memperkenalkan rekabentuk halaman baru bersama-sama dengan beberapa fungsi baru tidak lama lagi. Tarikh pasti berkenaan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.


Komen ()