Laman 1Pengguna.com Mudah Untuk Digodam

Laman 1Pengguna.com Mudah Untuk Digodam

Diterbitkan pada June 10, 2011 oleh .

Sebelum ini, seperti semua sedia maklum, kerajaan telah melancarkan halaman web khas untuk rujukan para pengguna, iaitu 1Pengguna.com. Laman tersebut mendapat kritikan ramai pihak disebabkan kosnya yang berharga RM1.4 juta, dan amat mendukacitakan lagi apabila kini ianya diketahui yang mana laman tersebut mempunyai sedikit masalah sekuriti padanya.

Sebuah laman yang membincangkan berkenaan sekuriti atas talian, KenaHack.com kini memperlihatkan yang mana laman 1Pengguna.com mempunyai salah satu masalah serius, dimana beberapa data yang sepatutnya dijaga dengan rapi boleh dimuat-turun dengan mudah dengan hanya disuntik melalui SQL sahaja.

Data-data seperti emel, nama pengguna dan sebagainya turut boleh didapati dengan mudah melaluinya. Mungkin ramai menganggap perkara ini seperti masalah biasa. Namun memandangkan data-data tidak selamat, dan apatah lagi, ianya melibatkan duit rakyat sehingga RM1.4 juta, mungkin pihak pembangunnya perlu memberikan perhatian yang amat serius, dan menanganinya dengan segera.

Tips oleh @iwani


TIPS & ULASAN