Cari @ Amanz

Setelah membolehkan para pengguna mengubah rekabentuk dan antaramuka tema blog dengan lebih mudah dan mengikut citarasa mereka sendiri, kini Google menambah lagi fungsi baru pada Blogger, dimana kini penggunanya boleh mengubah favicon untuk blog mereka dengan mudah dan pantas.

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi pada peringkat ujian untuk para pengguna Blogger In Draft terlebih dahulu. Sekiranya anda merupakan pengguna Blogger In Draft, anda boleh mengakses ke halaman Design > Page Elements dan klik pada halaman tab baru dinamakan Favicon. Melaluinya, anda boleh memuat-naik fail .ico padanya dengan mudah, dan menetapkannya sebagai favicon utama halaman anda.

Mungkin ianya akan mengambil beberapa bulan sebelum ianya diperkenalkan kepada semua pengguna Blogger. Namun begitu, anda boleh mengaktifkannya sekarang dengan mengakses Blogger In Draft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd