Cari @ Amanz

Draft Awal Firefox Untuk Tablet Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Mozilla kini dalam proses membangunkan pelayar web Firefox yang mesra tablet, dan dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan pelancaran Firefox 6 kelak. Ianya masih lagi pada peringkat draft, dan kini beberapa draft rekabentuknya mula kelihatan.

Ianya dijangka akan dilancarkan pada sekitar Julai kelak, dan buat masa ini ianya dipanggil dengan nama Fennecomb, iaitu gabungan antara nama Fennec dan juga Android Honeycomb, sekaligus memperlihatkan yang ianya akan dilancarkan untuk para pengguna tablet Android 3.0 dan ke atas sahaja.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat draft awal, dan mungkin banyak perkara akan diubah ketika pelancarannya kelak.


Komen ()