Doodle Gitar Dari Google Menjadi Salah Satu Doodle Yang Amat Diminati Ramai

Doodle Gitar Dari Google Menjadi Salah Satu Doodle Yang Amat Diminati Ramai

Diterbitkan pada June 10, 2011 oleh .

Google sering memperkenalkan doodle-doodle yang menarik dan kreatif, dan semalam mereka telah memperkenalkan doodle berbentuk gitar yang boleh dimainkan bersempena dengan ulang-tahun ke-96 Les Paul. Dan menariknya, boleh diperkatakan buat pertama kalinya, Google turut sama melanjutkan memperlihatkan doodle tersebut pada halaman utamanya untuk hari ini juga.

Gitar maya yang diperkenalkan pada halaman utama Google itu dibangunkan menggunakan HTML5, JavaScript, dan juga plugin Flash, sekaligus membolehkan para pengguna memainkannya dengan mudah, malah merakamkannya dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

Pada masa yang sama, ianya juga telah menjadi salah satu perkara yang amat diminati oleh para penggunanya, dimana ramai yang mula berkongsi akan kod-kod gitar di halaman Twitter, serta merakamkan video bersama-sama doodle gitar daripada Google ini di YouTube.


TIPS & ULASAN