Facebook terus menambah portfolio mereka, dimana hari ini mereka telah mengambil-alih salah satu syarikat rekabentuk yang amat popular, Sofa. Ianya lebih kepada mendapatkan tenaga kerja mereka, serta menyertakan mereka dibawah pembangunan Facebook.
Sofa sebelum ini telah membangunkan pelbagai perkara, termasuk membuat rekabentuk ikon untuk Mozilla, Nike, serta membangunkan beberapa aplikasi Mac termasuk Kaleidoscope dan Versions. Semua produk sedia ada mereka, dijangka akan dijual kepada pihak lain untuk menguruskannya.
Pasukan Sofa kelak akan berpindah ke pejabat Facebook, dan menjadi sebahagian daripada pasukan rekabentuk di Facebook. Buat masa ini, ianya tidak diketahui adakah Facebook bakal memperkenalkan rekabentuk baru ataupun apa. Namun mungkin kita perlu sedikit masa untuk melihat sebarang perubahan drastik pada laman Facebook.