PTS Ke Arah Pengeluaran Novel Dan Buku Digital?

PTS Ke Arah Pengeluaran Novel Dan Buku Digital?

Diterbitkan pada June 10, 2011 oleh .

Nampaknya, mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat versi digital novel-novel dan buku-buku keluaran PTS. Ianya tidak lagi diketahui bila, namun salah seorang penulisnya, Ain Maisarah telah pun memperlihatkan dalam sebuah video ringkas, novel tulisan beliau yang mesra iPhone, dan yang mesra iPad dalam pembangunan.

Walaubagaimanapun, mungkin tidak kesemua buku-buku keluaran PTS yang akan dibangunkan menjadi aplikasi mesra iPhone ataupun iPad, dan mungkin mengikut permintaan para pengguna. Namun begitu, ianya sesuatu yang menarik untuk melihat salah satu pengeluar buku terbesar tempatan membuka peluang ke arah digital. Mungkin kita akan dapat mendengar perkembangan daripada mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN