Xbox LIVE Bakal Didatangkan Bersama-sama Windows 8

Xbox LIVE Bakal Didatangkan Bersama-sama Windows 8

Diterbitkan pada June 11, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan antaramuka dashboard Xbox 360 yang menyerupai rekabentuk Windows 8, kini Microsoft telah pun mengatakan yang mana perkhidmatan Xbox LIVE kelak akan diintegrasikan pada semua PC, sekaligus mengesahkan yang mana Windows 8 kelak akan mengintegrasikan fungsi Xbox Live padanya.

Xbox 360

Sebelum ini, Xbox Live telah pun diperkenalkan pada Windows Phone, dan ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk turut sama diperkenalkan pada PC. Ini juga sekaligus akan membolehkan para pengguna mengakses perkhidmatan Xbox LIVE pada pelbagai peranti dengan mudah.

Pada masa yang sama, ianya juga dikatakan yang mana perkhidmatan Xbox Live dan juga SkyDrive akan diserasikan, sekaligus menguntungkan para pengguna, dan juga Microsoft itu sendiri. Mungkin kita akan dapat ketahui lebih banyak perkara berkaitan ini pada bulan September kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN