Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi popular dikalangan para pengguna Symbian adalah Molome, yang membolehkan anda merakamkan gambar menggunakan peranti mudah-alih Symbian anda, dan kemudiannya membuat efek tambahan padanya dengan mudah. Menariknya, kini ianya kelihatan aplikasi Molome untuk Android bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui artikel blog mereka yang terkini, Molome memperlihatkan sebuah imej khas dengan tanda akan datang. Secara kasarnya, ianya memperlihatkan sebuah gambar khas, dengan teks alternatif padanya melabelkan gambar tersebut sebagai MOLOdroid.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi, namun semestinya ianya tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd